Corporate Image

Program ini bertujuan sebagai panduan kepada program 'Personality Development' yang akan berjalan sepanjang semester ini dan akan datang.

Mari datang bagi memeriahkan program dengan acara 'modelling' oleh rakan siswa dan siswi kita! Sama-sama kita beri sokongan hebat kepada mereka. (:



Pencarian Model Corporate Image



Adakah anda memenuhi kriteria tersebut? Teringin? Ingin mencuba? Jika ya, jangan malu, jangan segan, dapatkan borang anda di bilik SMF bermula pada 2 Mei, Khamis ini. Ganjaran menanti anda!

WIRASA 2013 Tarian Kreatif

Seperti yang anda ketahui, WIRASA adalah program yang disertai oleh semua fakulti di UiTM Shah Alam yang diadakan untuk melihat bakat-bakat baru pelajar UiTM Shah Alam dan pertandingan ini juga diadakan untuk mencari fakulti terbaik dalam seni dan kebudayaan.

Pada 22 April 2013, fakulti perakaunan diberi tugas untuk menganjurkan acara bagi tarian kreatif. Walaupun, program dibuat ketika cuti pertengahan semester, tetapi jumlah penonton adalah sangat memuaskan dan sangat sporting! Fakulti yang mengambil bahagian ada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, dan Fakulti Perakaunan semestinya!

Juara keseluruhan akan diumumkan pada 1 Mei 2013 tetapi juara bagi setipa kategori telah dimumkan pada hari tersebut. Kategori yang telah disenaraikan adalah Koreografi Terbaik, Koreografer Terbaik, Pakaian Terbaik, dan Susunan Muzik Terbaik. Fakulti Pengurusan Perniagaan telah menggondoli dua kategori iaitu Koreografer Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik manakala ....... dua kategori yang lain telah digondoli olehhhh ...... Fakulti Perakaunan! Tahniah tahniaaaaaaah!


badan badan dibelakang tabir (:









Fakulti Pengurusan Perniagaan

Fakulti Seni Reka

Fakulti Senibina

Fakulti Perakaunan

melakukan aksi menakjubkan dengan memijak pecahan kaca!

mc kita pada hari tersebut.

pemenang-pemenang.




sorakan yang paling meriah!

tamat.

Jutaan terima kasih kepada yang hadir, yang telah memeriahkan acara ini. Tidak lupa kepada warga SMF yang telah menjayakan program ini. Tahniah!

Talk with Faculty Management

Talk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa dan siswi mengutarakan beberapa soalan kepada dekan, timbalan dekan, atau pihak pengurusan di Fakulti Perakaunan di samping memberi sedikit sebanyak penjelasan kepada siswa dan siswi mengenai pengurusan di fakulti.

Program ini telah berlangsung selama 3 hari, 18, 20, dan 21 Mac 2013, terbuka kepada pelajat bahagian 2, 4, 5, dan 6.

Terima kasih kepada semua pelajar yang menghadirkan diri. Thumbs up! :)
18 Mac 2013 - Bahagian 2 dan 4




20 Mac 2013 - Bahagian 5










21 Mac 2013 - Bahagian 6





Program Pemantapan Wawasan (PPW)

Program ini dilaksanakan setiap semester untuk pelajar baru. Jadi, semester ini, pelajar bahagian 4 diwajibkan hadir. Walaupun bunyi bosan, tapi best sangat keseluruhannya. Semester ini, SMF diberi peluang untuk menguruskan program ini dengan bantuan daripada AFTAS. Macam-macam aturcara gempak yang kitorang anjurkan.

Ceramah pada waktu pagi best juga kerana penceramah kelakar belaka. Selepas zuhur, explorace berlangsung. Pelbagai jenis checkpoint ada tetapi paling best ialah mengambil syiling dalam balang yang penuh dengan caciiiiiiing. Walaupun tak geli sangat tapi ada juga yang sampai menangis. Baru tercabar! Ada juga checkpoint makan telur mentah dengan kopi mengandungi garam. Okay, itu lagi geli.

Keseluruhannya, program, berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang sangat baik daripada pelajar. Alhamdulillah (:



Wajah Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan anda!


Garage Sale $$$

Garage Sale adalah program jualan buku 'second-hand' yang telah berjalan selama lebih kurang dua minggu pada bulan Mac yang lepas. Mula-mula tak berapa ramai yang menyumbangkan buku mungkin kerana tidak ramai yang tahu taaaaaapi selepas seminggu, buku semaakin menggunung. Alhamdulillah. Oleh kerana sudah masuk minggu ketiga dan ramai pelajar yang sudahpun membeli buku, banyak buku berlebihan.

Jadi, semester akan datang, minta kerjasama pelajar untuk menyumbangkan buku awal setelah poster ditampal jika ingin buku anda dijual (: Minta perhatian ya.

Kenali SMF

Sekretariat Mahasiswa Fakulti atau dahulunya dikenali sebagai Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) merupakan sebuah 'Persatuan Utama Fakulti' yang didaftarkan oleh Hal Ehwal Pelajar yang berfungsi sebagai pemacu dan tulang belakang kepada MPP dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan hal ehwal Kebajikan dan Akademik para pelajar di Fakulti Perakaunan.

Tugas Sekretariat adalah merealisasikan dan menjalankan sebarang program daripada pusat pentadbiran Universiti dan HEP di peringkat Fakulti iaitu program2 berbentuk Akademik dan pembentukan sahsiah pelajar.